Friday, February 20, 2009

Perusahaan Bermula

Perusahaan ikan dalam sangkar bermula pada tahun 2001, di tempatkan di kawasan perairan tanjung pelumpong, oleh sebab faktor keadaan yang tidak mengizinkan seperti keadaan air yang beralun kuat dan air kemerah merahan maka sangkar ikan ini dengan keizinan jabatan perikanan dipindahkan ke perairan pulau keingaran, pulau keingaran boleh dilihat dari tempat penurunan perahu di pangkalan sibabau, kampung mentiri,muara.

pada permulaan perusahaan ikan dalam sangkar,syarikat cuma dapat membuat sepuluh sangkar untuk tempuh percubaan,akan tetapi pada tahun seterusnya penambahan sangkar sangkar dapat dibesarkan sehinggalah sekarang pihak syarikat dapat membuat sebanyak 96 buah sangkar.

bermacam macam jenis ikan yang dipelihara didalam sangkar seperti,ikan selungsung,ikan kerapu,ikan bara barahan (merah) , ikan putih (languran,kalaketuk,aliran) dan kromis (talapia)

Benih benih anak ikan seperti ikan selungsung selalunya didapati melalui import akan tetapi
pada tahun 2008 percubaan menetaskan benih ikan dapat dilakukan oleh salah sebuah syarikat
yang berkecimpung dalam ternakan ikan dalam sangkar,manakala benih benih ikan yang lain
bolih didapati didalam negeri.

Ikan ikan yang dipelihara setelah mencapai berat 800 gram adalah ideal untuk dipasarkan,
kalau mengikut sistem lama permakanan yang diberikan cuma mengunakan ikan kisar (ikan ikan yang diperolihi dari kapal kapal tunda khas untuk makanan ikan sangkar) akan mengambil masa 8 ke 9 bulan baru dapat dipasarkan, akan tetapi dengan adanya palet (jenis makanan khas) ikan ikan dapat dipasarkan 5 ke 6 bulan lebih sahaja.

Memandangkan pasaran yang meluas dan permintaan yang banyak tentang ikan selungsung maka keutamaan pada memelihara ikan ini dibuat meluas oleh pengusaha.

jika anda ingin membuat sebarang pertanyaan tentang produk yang ditawarkan sila email kepada berjaya_aquaculture@yahoo.com